ℹ More info 🔗 Open in new tab

Insentif Perkahwinan Belia YAWAS 🔗

YAWAS telah diberi tanggungjawab bagi menguruskan Program Insentif Perkahwinan Belia mulai Januari 2017. Pasangan pengantin baru layak menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan. Penyaluran Insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.

Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara 🔗

Menyedari betapa pentingnya penyebaran ilmu pengetahuan di kalangan masyarakat khususnya di Petaling Jaya, MBPJ dengan kerjasama PKNS telah berusaha mewujudkan sebuah perpustakaan di Kota Damansara. Perpustakaan yang dikenali sebagai Perpustakaan dan Pusat IT Kota Damansara ini telah menyediakan pelbagai kemudahan bagi tujuan memupuk minat membaca dan celik IT di kalangan penduduk setempat khususnya di Kota Damansara. Penubuhan perpustakaan ini secara tidak langsung telah menunjukkan keprihatian MBPJ terhadap perkembangan keilmuan sejajar dengan pembangunan fizikal Petaling Jaya masa kini.